Kerjaya Qasrina Karim

Qasrina memulakan kerjaya sebagai seorang model sejak 2016 dengan memperagakan koleksi jenama terkenal termasuk produk hijab Alhumaira sebagai wajah rasmi. Beliau kemudian mengorak langkah dalam bidang lakonan menerusi filem Kongsi Raya (2022) dan Siapa Tutup Lampu? (2021).[1] Qasrina juga muncul dalam siri komedi saluran Astro Ceria, Salam Squad 3.0, tetapi lebih dikenali menerusi drama Senduk Swap lakonannya bersama Emma Sofea.[2]